Khamis, 30 Jun 2011

Senarai barang keperluan untuk ke universiti atau asrama..

Malam semalam adik angkatku sms, memaklumkan dia akan bertolak ke Kulim Kedah.
Menyambung pengajian di polteknik sana dengan memilih kursus mekatronik.

Biarpun dia bukan adik sebenar, tapi tangan ini jugalah yg pernah membuai serta bermain dengannya sewaktu kecil.

Majlis sekolah pun kubawa, walau berjumpa dengan teman-teman pun kubawa dia sekali.
Kasih padanya tak berbelah bahagi, apa saja makanan yang aku miliki pasti akan kuberikan padanya.
Kalau dibawa ke kedai, tak pernah sekalipun dia merengek meminta itu ini.
Walaupun dia masih kecil, alhamdulillah hatinya lebih matang dari usianya.



Kini dia telah menginjak dewasa, bertubuh tinggi lampai, melebihi ketinggianku sendiri.
Kini dia juga semakin segan denganku.

Mungkin kerana aku bukan kakaknya yang seibu sebapa.
Mungkin dia juga maklum,hukum aurat kami sama seperti hukum aurat sesama bukan muhrim.

Tapi dia tetap adik buatku, alhamdulillah, dia punya keinginan untuk belajar.
Memiliki sedikit sebanyak perangaiku yang suka mengunjungi perpustakaan..

Namun aku bukanlah kakak yang terbaik untuknya. Dengan keadaan kewanganku yang terhad,
hanya doa sahaja yg mampu kuutuskan buat mengiringi pemergiannya.

Semalam dia meminta ku senaraikan barang-barang keperluan yang penting yang mungkin dia terlupa.
Puas juga untuk mengingati satu persatu barang-barang asas, akhirnya Google juga menjadi tempat rujukan.
Harap dia dapat memanfaatkan senarai yang telah kuberikan dan berhijrah ke Kedah tanpa banyak masalah.

Senarai Barang

Kuliah
1. Baju & Seluar kuliah
2. Beg khas utk ke kuliah
3. Alat tulis
4. Pen drive
5. File holder/File biasa
6. Buku Nota - catatan harian

Solat
1. Pakaian solat
2. Sejadah
3. Songkok
4. Alquran & yasin
Pakaian Harian
Kasut
1. Selipar toilet
2. Kasut kuliah
2. Kasut harian
3. Kasut sukan
4. Stoking

Mandian
1. Tuala mandi
2. Syampu, Sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, pembersih muka
3. Berus basuh baju. sabun basuh
4. Baldi

Lan-lain
1. Seterika
2. Cadar n sarung bantal
3. Charger Handset
4. Pengetip kuku
5. Cutton Bud
6. Cawan,sudu,garfu
7. Cermin
8. Penyangkut baju  & Penyepit baju
9. Selimut
10. Sikat rambut & minyak rambut
11. Perfume

6 ulasan:

  1. bezt la....xpyhh pning2 nk pk bwk ape....tengz 4 your information...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama, maaflah akk baru jer perasan ada komen dr shahira dan adik2 semua..Good Luck for your study.. ^^

      Padam